Laman web perniagaan anda, siap dulu. Bayar hanya bila anda suka.
Kami bina laman web satu halaman untuk perniagaan anda di Lembah Klang, lengkap dengan butang WhatsApp, peta Google dan ulasan pelanggan. Anda tengok dulu. Tak suka, tak perlu bayar apa-apa.
Pakej Siap 48 Jam
RM449 sekali bayar
- Laman web satu halaman, mesra telefon
- Butang WhatsApp dan panggilan terus
- Peta Google Maps, waktu operasi dan ulasan pelanggan
- 2 pusingan pindaan percuma
- Hosting percuma 12 bulan
- Bonus: poster QR 'Beri ulasan Google' untuk kaunter anda
Domain (.com / .my) dibayar oleh anda pada harga kos, kira-kira RM50–RM100 setahun. Selepas 12 bulan, penyelenggaraan pilihan RM10 sebulan, atau ambil fail laman web anda tanpa ikatan.
Boleh bayar dua kali: RM249 bila setuju, RM200 selepas laman web dilancarkan.
Bagaimana ia berfungsi
- Kami bina contoh laman web anda, percuma.
- Anda semak dan minta pindaan.
- Suka? Bayar, dan laman web anda dilancarkan dalam 48 jam.
Maps Makeover · RM199
Untuk yang belum perlukan laman web: kami kemas kini profil Google Business anda, balas semua ulasan yang belum dijawab, tambah 4 hantaran dan sediakan poster QR ulasan.
Kami tidak menulis ulasan palsu. Kami hanya membalas ulasan sebenar dan membantu anda mendapatkan ulasan baharu daripada pelanggan sebenar.
Kami ambil 5 projek seminggu supaya setiap laman web siap dalam 48 jam.
Soalan lazim
Betul ke tak perlu bayar dulu?
Betul. Anda hanya bayar selepas melihat dan bersetuju dengan laman web anda. Pembayaran melalui DuitNow, FPX atau pindahan bank ke akaun perniagaan berdaftar kami.
Siapa SiapWeb?
SiapWeb ialah perkhidmatan oleh CODE N GRAM ENTERPRISE (No. SSM: 202503147106 (TR0322793-T)), perniagaan berdaftar di Malaysia.
Boleh tukar maklumat kemudian?
Boleh. Dua pusingan pindaan termasuk dalam pakej. Selepas itu, perubahan kecil termasuk dalam penyelenggaraan bulanan pilihan.
Saya dah ada Facebook, perlu ke laman web?
Laman web muncul di Google apabila pelanggan mencari perkhidmatan anda, dan menjadikan perniagaan anda nampak lebih dipercayai. Jika anda belum bersedia, mulakan dengan Maps Makeover.